Bengkel Membuat Resume

11 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2020, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Bengkel Resume. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu dan membimbing pelajar lepasan SPM dan STPM untuk membuat resume. Para peserta didedahkan dengan applikasi untuk membuat resume yang kreatif, padat dan kemas iaitu Canva.com. Mereka juga turut mengemaskini akaun SPA, SPANS dan Job Malaysia masing-masing.

Bengkel ini turut diselitkan dengan aktiviti ‘mock interview’ dimana setiap peserta akan ditemu duga seolah-olah mereka sedang ditemuramah oleh majikan. Selain itu, cara memohon sesuatu jawatan kosong menggunakan Email turut didedahkan kepada para peserta dan cara penyediaan sijil-sijil di dalam fail.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali